Welcome Myspace Comments

Saturday, February 12, 2011

kata-kata

Apa yang ada disebalik kata-kata ? Manusia akan menilai dalam bentuk persepsi dan perspective masing-masing. Dan ia terpulang pada setiap induvidu itu sendiri.


Contoh 1: Tiada kata secantik bahasa (maksud nya, kata-kata itu mempunyai nilai )

Contoh 2: Kata-kata hanya sekadar kata-kata (mungkin tak bermaksud apa-apa)

Contoh 3: Kita bebas berkata-kata.. kerana kata-kata itu tidak perlu dibayar (Adakah kata-kata itu tidak punyai harga atau nilai ?)

Contoh 4: Terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata badan binasa (kata-kata lebih tajam daripada pisau yang baru diasah )



Pendapat saya: kata-kata itu adalah KITA.. dan ia boleh jadi secantik bahasa,mungkin juga sekadar kata-kata, atau ia nya hanya sekadar kata-kata kosong untuk ceriakan keadaan dan juga sebagai pisau yang boleh luka kan sesiapa sahaja..


Jadi, pendapat anda ?? Terpulang pada diri sendiri.. Entry ini hanya sekadar nasihat untuk mengingati diri saya sendiri .. maaf kan saya jika saya pernah luka kan si Pembaca.. ;)

No comments: